Nasional

15 juta penduduk lengkap terima dua dos vaksin

SEJUMLAH 15.032 atau 46 peratus daripada keseluruhan populasi di Malaysia lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekana Vaksin Covid-19 (JKJAV) sehinggi semalam 19.741 juta atau 60.5 peratus populasi telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Ketika ini hampir semua negeri kecuali Kelantan dan Sabah mencatatkan lebih 50 peratus populasi telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara beberapa negeri mencatatkan lebih 50 peratus populasi telah lengkap menerima kedua-dua dos vaksin.

Negeri terbabit adalah Lembah Kelang yang merangkumi Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya (67.7 peratus), Labuan (64.7 peratus), Sarawak (63.1 peratus) dan Negeri Sembilan (56.9 peratus).

JKJAV turut memaklumkan bahawa semua negeri mencatatkan lebih 50 peratus populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Pada masa yang sama semua negeri mencatatkan lebih 40 peratus penduduk dewasa telah menerima dua dos vaksin Covid-19 dengan Labuan mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 94 peratus diikuti Lembah Kelang 92.4 peratus.-SM

(Visited 201 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button