fbpx
Nasional

Kurang pengetahuan punca pekebun di Perak tidak dapat MSPO

KURANG pengetahuan mengenai Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) menjadi antara punca ramai pekebun kecil persendirian di Perak belum mendapatkan pensijilan itu.

Menteri Industri Utama Teresa Kok berkata hanya 7.9 peratus daripada keseluruhan 125,000 hektar tanaman sawit oleh pekebun kecil persendirian di Perak mempunyai sijil MSPO.

“Kita perlu pihak media menguar-uarkan lagi mengenai pensijilan MSPO ini untuk membuktikan minyak sawit Malaysia adalah minyak sawit lima bintang.

“Kita harapkan pekebun kecil persendirian ini dapat tampil ke pejabat Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk kita membantu mereka,” katanya pada sidang media di Program Jom MSPO Pekebun Kecil Orang Asli Perak di Ipoh hari ini.

Sehingga 30 Nov lepas, 3.54 juta hektar daripada 5.85 juta hektar tanaman sawit di Malaysia telah mendapat pensijilan MSPO. – BERNAMA

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button