NasionalNegeriPendidikan

Graduan diminta cekap IT tingkat prestasi kerja – Raja Muda Perlis

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya para graduan universiti memfokuskan penguasaan kecekapan kerja melalui penggunaan Teknologi Maklumat (lCT) untuk berupaya mempamerkan prestasi kerja yang baik dan pantas.

Selain itu titah Baginda, ia juga supaya dapat meningkatkan kepuasan kerja mereka dan sekali gus menyumbang kepada prestasi kerja yang cemerlang pada masa hadapan.

Demikian titah perutusan Tuanku Syed Faizuddin di ’Sidang Ke Enam Bagi Istiadat Konvokesyen 17 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra.


Di majlis tersebut, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan menyempurnakan penganugerahan folder Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Dengan Kepujian Mekanikal, Pembuatan dan Rekabentuk Produk serta
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian) Pemesinan, Sistem Pertanian, Pembangunan Produk dan juga Pemprosesan Bahan kepada 341 orang graduan.

Berangkat sama anakanda kedua baginda berdua, Sharifah Farah Adriana Jamalullail. – SM

 

(Visited 49 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button