Nasional

Mereka disuntik dua dos vaksin bakal diberi keistimewaan

DALAM masa terdekat ini Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan beberapa keistimewaan kepada mereka yang telah mengambil suntikan dos kedua vaksin Covid-19.

Sedikit kelonggaran yang dijangka diberikan itu bagaimanapun cukup berhati-hati bagi mengelakkan sebarang ledakan penularan wabak berkenaan yang kini telah mencecah lebih 20,000 kes sehari.

Keputusan itu adalah bertepatan kerana rakyat sudah terlalu lama berkurung dan hidup dalam keadaan tertekan.

Selain sektor ekonomi yang terjejas teruk dan menyebabkan ramai kehilangan pendapatan serta pekerjaan, ramai juga yang mengalamai gangguan mental akibat terlalu lama terkurung.

Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri itu diharap memberi sedikit kelegaan kepada rakyat dan pada masa yang sama menggalakkan masyarakat untuk mendapatkan suntikan vaksin.


Ini adalah kerajaan hanya dengan suntikan vaksin mencapai 80 peratus penduduk negara ini, negara akan dapat membentuk kekebalan kelompok dan membawa keluar krisis pandemik ini.

Kerajaan dijangka sangat berhati-hati dalam hal ini berbanding negara lain yang seperti Amerika Syarikat yang membenarkan rakyatnya hidup normal walaupun belum mencapai kekebalan komuniti.

Setakat ini Perlis berjaya beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara dan bakal beralih ke Fasa 4.

Berikutan itu penduduk di negeri itu teruja berkongsi foto-foto mereka menikmat makanan di restoran di media sosial.

 

(Visited 145 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button