Nasional

10 budak hitam pembuli dibuang dari MRSM

JAWATANKUASA Disiplin Maktab (JDM) menamatkan pengajian 10 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang dikenalpasti terlibat dalam kes buli yang tular baru-baru ini.

Menurut Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf, mesyuarat JDM telah mengkaji kes tersebut dengan teliti dan mengambil keputusan menamatkan pengajian pelajar terbabit berkuat kuasa hari ini.

“Pihak MARA mengambil serius kejadian buli yang berlaku minggu lalu dan hukuman yang telah diputuskan ini menunjukkan pihak kami tegas dan tidak berkompromi terhadap kesalahan buli dalam kalangan pelajar di bawah mana-mana Institusi Pendidikan MARA (IPMA) mahupun tajaan MARA,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ibu bapa pelajar terbabit telahpun dimaklumkan mengenai keputusan yang diambil oleh pihak jawatankuasa berkenaan.

Kata beliau, keputusan penamatan pengajian itu dibuat berdasarkan garis panduan yang telah dinyatakan dalam Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar MRSM.

“Kita harap keputusan ini bukan sahaja menjadi satu pengajaran kepada pelajar yang terlibat tetapi juga kepada pelajar-pelajar yang lain agar tidak berlaku lagi perbuatan salah laku di mana-mana institusi pendidikan di bawah MARA,” tegasnya.

Tambah beliau, di MARA tentunya hendak melahirkan modal insan yang bukan sahaja cemerlang dari segi ilmu pengetahuan tetapi juga mempunyai sahsiah diri serta tingkah laku peribadi yang baik dan diterima oleh masyarakat.

Sehubungan itu, pihak MARA tegas Azhar, komited dalam menangani kes-kes buli dengan memperketatkan prosedur operasi standard (SOP)melalui penguatkuasaan peraturan sekolah.

“Selain melaksanakan pemantauan secara berterusan segala aktiviti pelajar termasuk proses pembelajaran di dalam kelas bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang,” katanya. – SM

(Visited 820 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button