Nasional

Polis cari pesakit Covid-19 lari dari Hospital Tampin

Polis sedang mengesan seorang pesakit COVID-19 yang melarikan diri dari Hospital Tampin sejak pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Anuwal Ab Wahab berkata lelaki berusia 33 tahun yang beralamat terakhir di Petaling Jaya, Selangor itu dikesan tiada di katil hospitalnya pada 11.45 pagi.

“Kali terakhir dilihat lelaki itu memakai kemeja T gelap warna hijau dan seluar jeans warna biru. Usaha mengesan pesakit COVID-19 itu kini giat dijalankan,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Beliau berkata pesakit berkenaan juga bekas banduan Penjara Jelebu dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut boleh hubungi balai polis berhampiran atau Kementerian Kesihatan. -SM

(Visited 84 times, 1 visits today)


Show More

Related Articles

Back to top button