Negeri

Zon merah Covid-19 di Sabah meningkat

Bilangan kawasan zon merah di Sabah meningkat kepada 11 daerah susulan pertambahan kes yang dilaporkan di Kota Belud.

Semalam, satu kluster baharu dilaporkan di Sabah, iaitu kluster highway, Kota Belud dengan 15 kes dan tambahan kes positif baharu itu menjadikan daerah itu mencatatkan  69 kes aktif.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi dalam Facebook page PKN Sabah memaklumkan setakat ini, lima daerah di Sabah mencatatkan lebih 200 kes aktif.

Lima daerah yang mencatatkan lebih 200 kes aktif setakat ini adalah Semporna (549), Tawau (347), Sandakan (282), Kota Kinabalu (451) dan Tuaran (215).

Manakala, tiga daerah lagi mencatatkan lebih 100 kes aktif, iaitu Lahad Datu (184), Kunak (118) dan Papar (115).

Manakala, dua daerah lain yang turut berada dalam zon merah adalah Penampang dengan 69 kes aktif dan Putatan dengan 52 kes aktif.

Sehingga semalam, 33 kes kematian dilaporkan di Sabah, dengan tiga kematian terbaru masing-masing satu kematian di Kota Kinabalu, Tawau dan Semporna.

Semalam 277 kes baharu dilaporkan di Sabah dan ia menjadikan keseluruhan kes Covid-19 di negeri ini bertambah kepada 3,841 kes, dengan 2,242 kes aktif. Sementara, kes pulih adalah sebanyak 1,568 kes.

(Visited 384 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button