NasionalNegeriPendidikan

Raja Muda, Raja Puan Muda berkenan kurnia anugerah pelajar cemerlang YTSP Perlis

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Khalil Akashah berkenan hadir mengurniakan anugerah kepada pelajar cemerlang anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis di Hotel Putra Regency di Kangar.

Sebanyak 27 pelajar cemerlang Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2021 di Perlis menerima anugerah ini.

Setiausaha Kehormat YTSP Perlis, Datuk Johari Mohd Darus berkata, ia melibatkan Anugerah Khas kepada 21 penerima, Anugerah Kepujian kepada empat penerima, Anugerah Cemerlang kepada dua penerima dan Anugerah Tunas Harapan kepada dua penerima.

Beliau berkata, Nurhani Thaqifah Zulkifli dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma dan Muhammad Danial Zainudin dari SMK Lailatul Shahreen dikurniakan Anugerah Cemerlang YTSP Perlis.

Katanya, buat pertama kali pada tahun ini diperkenalkan Anugerah Tunas Harapan YTSP yang diberikan kepada Sharly Hakimy Hamdan yang cemerlang dalam Asian Youth Chess Player dan Muhammad Annas Farish Annas Shukhairy di ranking nombor 1 ‘Malaysia Junior Tennis Player’.

Johari berkata, sejak diperkenalkan anugerah ini mulai 1991 hingga 2020 sehingga kini sebanyak 189 pelajar telah menerima anugerah tersebut.

Tambahnya, jumlah peruntukan bagi penanugerahan kali ini berjumlah RM14,300. – SM

(Visited 189 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button