NasionalNegeri

Isu pengurusan air SAP dibangkit Sidang DUN Perlis

ISU pengurusan air oleh Syarikat Air Perlis Sdn. Bhd. (SAP) yang menjadi rungutan rakyat terus dibangkitkan pada Mesyuarat Keempat, Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke-15, di Kompleks DUN di Kangar hari ini.

Ia dibangkitkan oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu Saad Seman (PAS -Chuping), Datin Marzita Mansor (Bersatu – Sena) dan Haziq Asyraf Dun (PAS – Beseri) yang mengemukakan soalan berkaitan masalah tekanan air rendah dan air yang keruh yang masih belum diselesaikan.

ADUN Chuping, Saad Seman (berdiri) antara yang menyoal berkaitan pengurusan air SAP pada Mesyuarat Keempat, Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke-15, di Kompleks DUN di Kangar hari ini. – Gambar Ihsan FB SUK Perlis

Pengerusi Infrastruktur dan Pengangkutan Awam Negeri, Izizam Ibrahim menjelaskan berlaku beberapa kawasan yang menghadapi masalah tekanan air rendah di negeri Perlis dan perkara ini menjadi keutamaan oleh pihak SAP.

“Kawasan-kawasan kritikal yang dikenalpasti menghadapi masalah berkenaan adalah Kubang Tiga, Batu Bertangkup, Belukar Lenga, Kuala Perlis, Beseri, Pauh, Kubang Siput, Bukit Keteri dan Kampung Belukar,” katanya.

Sehubungan dengan itu katanya, beberapa penyelesaian yang dirangka oleh pihak SAP bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi merangkumi jangka masa pendek iaitu
melaksanakan perkhidmatan penghantaran air bagi membekalkan air kepada pengguna yang terjejas.

“Jangka masa panjang pula dengan pembinaan tangki di Batu Bertangkup sedang giat dilaksanakan oleh Pihak Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) yang mana jangkaan siap projek ini adalah awal tahun 2024,” katanya.

Izizam berkata, tangki ini berupaya untuk menyelesaikan masalah tekanan air di sebahagian kampung yang menghadapi masalah tersebut seperti Kubang Tiga, Batu Bertangkup, Belukar Lenga dan sekitarnya.

Beliau berkata, SAP juga mengambil langkah-langkah bagi memastikan kualiti pembekalan air bersih secara konsisten kepada penduduk negeri ini.

Katanya, kerja-kerja “Flushing/Scouring” di sistem perpaipan dalam kawasan agihan bekalan air bagi mengatasi masalah kekeruhan yang berpunca daripada sedimentasi dalam paip agihan tersebut.

Selain itu katanya, kerja-kerja cucian tangki-tangki pemprosesan di Loji Rawatan Air (LRA) untuk membersih dan membuang sedimentasi yang terdapat dalam tangki-tangki berkenaan secara lebih kerap apabila kadar kekeruhan air sungai meningkat terutamanya semasa musim hujan.

Walau bagaimanapun katanya, ianya akan melibatkan gangguan bekalan air kepada pengguna-pengguna semasa kerja-kerja cucian ini dilaksanakan.

Izizam berkata, kos untuk menangani masalah bekalan air memerlukan perbelanjaan yang besar merangkumi Perbelanjaan Modal (CAPEX) dan perbelanjaan operasi (OPEX).

Katanya, selaras dengan penstrukturan semula industri bekalan air di Perlis dan pengkorporatan SAP, permohonan pembiayaan bagi tujuan menyelesaikan masalah bekalan air terutama dalam mengatasi isu berkaitan kadar Program Pengurangan Kadar Air Tidak Berhasil (NRW) dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan termasuklah melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). – SM

BACA Baru berapa hari buka, TRX Mall dilaporkan rosak di Taman Interaktif air

(Visited 53 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button