Travel

Baru berapa hari buka, TRX Mall dilaporkan rosak di Taman Interaktif air

Sejak pusat membeli belah TRX Exchange Mall dibuka, ramai pengunjung tempatan tidak melepaskan peluang untuk meneroka.

Namun tidak sampai seminggu dibuka, permainan interaktif air di pusat beli belah itu telah pun rosak dan terpaksa ditutup buat sementara.

TRX Mall ditutup untuk sementara waktu

Difahamkan permainan tersebut memang dikhaskan untuk kanak-kanak bermain air tetapi ia bukanlah sebagai kolam untuk mandi dan berendam seperti kubang!.

Malah menurut pihak pengurusan juga, mereka tiada masalah jika anak-anak kecil bermain air pancut dan di Kawasan gua air terjun namun ibu bapa haruslah memberikan perhatian penuh terhadap pergerakan anak-anak semasa mereka di kawasan terbabit.

@hypemalaysia

While there are plenty of facilities at #TheExchangeTRX outdoor playground, we noticed that people are already misusing it. #trxmall #theexchangemall #trxmalaysia

♬ original sound – Hype Malaysia – Hype Malaysia

Selain itu tempat yang berbentuk ‘spiral’ pula tidak digalakkan untuk duduk, pihak pengurusan juga sedang mencuba untuk meletakkan syarat apa yang boleh dilakukan dan sebaliknya.

Rata-rata warganet mempersoalkan sikap pengujung terutamanya ibu bapa yang bawa anak-anak seperti tiada common sense.

Terdahulu tular video dan gambar di Tiktok menunjukkan kanak-kanak bermain air di kawasan taman permainan interaktif air berkenaan.

Rakyat Malaysia seharusnya peka dengan keadaan sekeliling dan mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi menjaga kemudahan yang disediakan.

Artikle Berkaitan :>

Elrah Exclusive hiasi papan iklan gergasi sebelah menara TRX, setaraf iklan jenama antarabangsa

 

(Visited 129 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button