Travel

Harimau Putih Bengal Antara Tarikan Jika Berkunjung Ke Zoo Melaka

MELAKA, 28 Nov — Jumlah pengunjung Zoo Melaka meningkat 81,449 orang atau 25.36 peratus kepada 351,715 orang, dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini berbanding 270,266 orang dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Mohd Rafee Ibrahim berkata  ini juga bermakna hasil jualan dalam tempoh itu  meningkat RM1.10 juta atau 19.41 peratus kepada RM6.56 juta, berbanding RM5.46 juta dalam tempoh sama pada 2018.

“Peningkatan ini sejajar dengan adanya produk baharu di Zoo Melaka iaitu harimau putih Bengal berusia kira-kira dua tahun yang diberikan nama Elsa serta penambahbaikan beberapa infrastruktur dan kemudahan di zoo berkeluasan 8.9 hektar ini.

“Zoo Melaka juga dijangka menerima haiwan baharu lain tahun depan iaitu seekor atau sepasang badak air dan seekor singa jantan bagi menggantikan singa sedia ada yang kini berusia 29 tahun dan semakin uzur,” katanya kepada Bernama di sini.

Sementara itu, menurut beliau Zoo Melaka baru-baru ini mengemukakan kertas cadangan kepada Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah di Perak bagi melaksanakan program konservasi bersama Orang Utan di zoo tersebut.

Katanya berdasarkan kertas cadangan yang dikemukan, Zoo Melaka ingin mendapatkan dua pasang Orang Utan dari Pulau Orang Utan untuk dipinjamkan dalam tempoh antara lima dan enam tahun bagi tujuan pembiakan memandangkan zoo itu hanya mempunyai seekor Orang Utan.

— BERNAMA

 

(Visited 1,025 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button