Ekonomi

Elrah Exclusive hiasi papan iklan gergasi sebelah menara TRX, setaraf iklan jenama antarabangsa

JENAMA pakaian tempatan popular, Elrah Exclusive mencipta sejarah tersendiri apabila iklan baju rayanya secara eksklusif menghiasi papan iklan elektronik gergasi di dinding menara bangunan TSLaw bersebelahan menara TRX sejak 15 Mac lalu.

Malah, jenama tempatan  itu mencipta rekod dan sejarah pertama menghiasi sudut iklan lokasi berkenaan yang selama ini didominasi jenama antarabangsa dan mewah.

Malah, projek mega iklan berkenaan yang terpampang setiap malam dari jam 8 hingga 12 tengah malam selama tempoh lebih kurang dua bulan itu dianggarkan menelan belanja jutaan ringgit.

Pengasas jenama itu, Mohd Hilmi Che Azman atau mesra dengan panggilan El Azman berkata, pihaknya optimis dengan usaha dilakukan.

“Kalau selama ini, sewaktu melintasi atau memandu kereta di jalan berdekatan menara bangunan itu, kita sering melihat jenama mewah seperti Louis Vuitton, Gucci, Mont Blanc dan sebagainya.

Antara jenama antarabangsa, Mont Blanc dan Gucci telah menghiasi papan iklan elektronik gergasi di dinding menara bangunan TSLaw bersebelahan menara TRX sebelum ini.

“Tapi kini saya bangga dan puas jenama Elrah Exclusive terpampang di papan iklan elektronik gergasi itu. Semuanya tak mustahil dan menjadi catatan manis dalam perjalanan mengukuhkan jenama ini sejak 2014.

“Idea untuk meletakkan jenama Elrah di bangunan seperti itu terdetik ketika saya melancong di luar negara. Alhamdulillah kini jenama tempatan seperti Elrah Exclusive juga mampu bersaing dan buat pemasaran setanding jenama antarabangsa,” katanya

Iklan raya itu turut memaparkan dirinya selain wajah wakilan artis berpengaruh dan popular seperti Meerqeen, Khai Bahar, Ben Amir serta pelakon drama Project: High Council, Amir Ahnaff, Hazeeq Deen dan Fadhli Masoot.

Tak ketinggalan dua bintang TikTok popular, Aabias dan Wan Chai.

“Malah lebih mengujakan selain deretan bintang ternama dan berpengaruh itu, projek mega iklan ini juga menyatukan saya dengan pengedar yang juga pemilik dua butik Elrah Exclusive di Setapak dan Elrah Melaka iaitu Syed Ahmad Syed Salim atau SASS SYED.

SASS SYED dan Meerqeen tersenyum bangga di belakang bangunan menara TSLaw yang memaparkan iklan raya Elrah Exclusive dan Meerqeen pun tak ketinggalan berswafoto dan bangga dengan iklan terpampang wajahnya.

“Jika diperhatikan di iklan itu memang khusus diletakkan dua nama butik kendaliannya di Platinum walk, Elrah Setapak dan di Pantai Klebang, Elrah Melaka.

“Saya puji usaha dan semangatnya. Dia juga antara anak muda yang menjana pendapatan menerusi jenama saya. Dia antara 36 pengedar atau pemilik butik Elrah yang beroperasi di seluruh Malaysia.

“Tak hanya di Malaysia, kita mempunyai 29 cawangan di Thailand, Brunei (2) dan Indonesia (2).  Secara keseluruhan juga kita mempunyai lebih 10,000 ejen di seluruh negara,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai  SASS, El Azman percaya di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

(Kiri) Orang kuat Elrah Exclusive El Azman dan Meerqeen, (Kanan) Khai Bahar dan Ben Amir juga menjadi pilihan Elrah Exclusive

“Dia berumur 26 tahun berasal dari Serdang, Selangor. Dia mempunyai diploma perakaunan di  sebuah kolej di KL. Dia asalnya berniaga Chanrakter, air cincau karamel selama dua tahun, sebelum ‘terjebak’ dengan Elrah.

“Dipendekkan cerita, kami bersua dan dia menunjukkan minat untuk sama-sama meneruskan legasi empayar jenama saya bangunkan. Siapa sangka, dia mampu hidup senang dengan rangkaian perniagaan ini.

“Kebetulan baju jenama saya bangunkan jadi tular. Dia menyatakan keinginan untuk turut serta menjadi pengedar selain menyerap ilmu niaga dengan saya. Hingga kini, sudah tujuh tahun dia menjana pendapatan lumayan dengan Elrah,” kata El Azman.

Bintang Project: High Council, Hazeeq Deen, Fadhli Masoot dan Amir Ahnaff turut menjadi pilihan Elrah Exclusive

Jenama ini antara yang terus menaikkan martabat pakaian tradisional yang juga pakaian islamik seperti Baju Melayu, jubah dan kurta di persada Malaysia dan Asia khususnya.

Dijual dari serendah RM50 untuk kurta sehingga RM189 (baju Melayu), jenama berdaftar di bawah Elrah Trading Sdn Bhd ini meneruskan survival hingga kini.

“Saya sasarkan tahun ini dapat menjana keuntungan jualan sebanyak 250 juta setahun.

“Saya juga harap pengedar lain dapat mencontohi semangat SASS SYED yang berdaya saing dan berani melaburkan duit untuk menaikkan jenama ini walaupun hanya sekadar ejen” katanya. – SM 

Artikel berkaitan > Pemilik jenama Elrah tawar ganjaran RM100,000

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sass Syed (@sass_syed)

(Visited 275 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button