Nasional

Pemilik jenama Elrah tawar ganjaran RM100,000

DALAM usaha membantu siasatan siapakah yang bertanggung jawab membakar gedung pakaian jenama Elrah, ganjaran RM100,000 ditawarkan oleh pemilik Gedung berkenaan.

El Azman seorang usahawan telah tampil menawarkan ganjaran sebanyak itu kepada sesiapa yang dapat              menyalurkan maklumat berkaitan dengan kebakaran gedung yang terletak di Kepong, Sealangor.

Kelmarin sekitar pukul 4.14 pagi gedung pakaian itu terbakar. Sebelum ini, pusat pakaian milik El Azman yang menyimpan stok-stok pakaian untuk musim Hari Raya Aidilfitri akan datang telah musnah terbakar.


Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pemilik akaun @Sass_syed di media sosial Tiktok, beliau berkongsi satu rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) sebagai bukti, ada perbuatan khianat.

Beliau melahirkan rasa kesal kejadian di atas kejadian yang menimpa gedung pakaiannya kerana stok pakaian itu adalah untuk dijual oleh ejen-ejennya.

Di sini ada beribu harapan orang mencari rezeki, di sini dapat manfaat, kenapa tergamak membakar dan menghancurkan harapan dan cita-cita agen Elrah? Tergamak sungguh!” luahnya.

Kerugian dianggarkan 30 peratus manakala seorang lelaki berusia 30-an dilaporkan mengalami sesak nafas dan menerima rawatan di Hospital Selayang. – SM

(Visited 110 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button