Politik

Yang bernafsu serakah politik akan “disembelih”

PASTI ada rasa debaran apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan lantang lagi sinis akan membuat tindakan ‘penyembelihan’ terhadap mereka yang telah pergi ke kediaman pihak lawan sebelum Subuh selepas PRU15 dijalankan dan sebelum pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Zahid tanpa berselindung berkata, beliau tahu dan sedar langkah serta adanya gerakan yang dibuat untuk menyingkirkan beliau, Pengerusi Barisan Nasional (BN) serta rundingan pintu belakang di St Regis.

”Kendatipun pada ketika itu ada gerakan dibuat dan diatur dengan Perikatan Nasional yang saya tidak mahu canangkan siapa dan apakah gerakan itu kerana bagi saya apa yang berlaku makin menyerlahkan sikap dan nafsu politik serakah peribadi mereka yang terlibat tanpa memikirkan mudarat kepada parti,” kata Zahid yang “menembak” secara tepat di hadapan semua ahli UMNO dan perwakilan yang mendengar ucapan dasar Presiden hari ini.

Zahid berkata, beliau kerusi yang dimenangi bukan hak peribadi tetapi ia hak parti dan memberi Jami kepada semua hadirin untuk mengambil tindakan terhadap komplot berkenaan. Mungkin dipecat daripada parti seperti laungan “pecat, pecat” daripada para perwakilan.

”Saya telah memaafkan tetapi sukar untuk saya lupakan. Umpama biduk berlalu kiambang bertaut daripada 56 hanya dua sahaja dalam kalangan orang kita sendiri yang tidak menyokong hasrat parti membentuk Kerajaan Perpaduan,” katanya.


Katanya lagi, letaklah noktah kepada polimik yang berlaku dan tidak lagi dijadikan modal untuk terus dimainkan tambahan pula pemilihan parti yang semakin hampir.

Tidak juga menafikan ada mendengar lontaran pandangan yang menyentuh soal pemilihan parti khususnya dua jawatan utama iaitu Presiden dan Timbalan Presiden, Zahid berkata, beliau percaya dan yakin dengan proses demokrasi.

”Ada yang mahu kedua-dua jawatan ini tidak dipertandingkan dan tidak kurang juga yang mahu ia dipertandingkan.

”Saya yakin ahli-ahli UMNO boleh menilai yang mana kaca yang mana permata, yang mana pepat di luar, rencong di dalam. Bak kata orang muda, yang mana ori yang mana fake.” ujar beliau dan disambut dengan tepukan dari dalam dewan. – SM

 

 

(Visited 68 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button