Hiburan

Yuna tidak pernah lupakan peminatnya di Malaysia

Penyanyi antarabangsa, Yuna, tidak pernah melupakan peminatnya di Malaysia walaupun dirinya sudah bertapak USA selama 10 tahun, buktinya penyanyi itu mengeluarkan empat single terbaru dalam bahasa melayu bertajuk “MASIH YUNA”.

“Sepanjang karier muzik saya, banyak komen yang saya terima daripada peminat bahawa saya sudah lupa diri, lupa dengan Malaysia dan juga lupa kepada peminat-peminat di Malaysia.

“Namun, saya tidak ambil hati kerana itu semua tidak betul, saya masih Yuna yang anda kenal, bezanya selepas 10 tahun berada di Amerika Syarikat, banyak pengalaman yang saya timba.”Jelasnya.

Anak kelahiran Malaysia, mengambil masa enam tahun untuk menghadiahkan karya dalam bahasa melayu buat peminatnya.

Empat single terbaru Yuna dalam bahasa Melayu

“Sejujurnya saya pun rindu hendak mencipta lagu Melayu, tetapi saya tahu kalau hanya satu mungkin tidak mencukupi, jadi saya hadiahkah empat kesemuanya sekaligus khas buat peminat.

Empat senarai dalam Bahasa Melayu sepenuhnya buat para pendengar di Malaysia yang sudah lama tertunggu-tunggu buah tangan terbaharu darinya, lagu-lagu yang terkandung dalam EP ini adalah Menanti, Asing, Masih Sunyi dan Camaraderie merupakan hasil ciptaan Yuna sendiri bersama barisan komposer antarabangsa berbakat dan diterbitkan oleh Yuna Music.

Lebih kurang dua bulan masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan keseluruhan EP dan hanya di lakukan di rumahnya sahaja di Los Angeles, Amerika Syarikat malah masih mengekalkan ‘signature’ bunyi Yuna yang kita rindui tetapi lebih ‘elevated’ dengan paduan nuansa muzik folk, R&B, pop dan juga balada yang melankolik membangkitkan perasaan ‘sendu’ tetapi tidaklah terlalu melara jiwa.

“Ketika dalam proses penghasilan EP ini, saya fokuskan terhadap apa yang peminat di Malaysia mahukan dari saya, cerita saya, perasaan saya, kisah peribadi saya seperti masih berasa sedih dengan kehilangan sepupu rapat yang saya anggap seperti adik sendiri dan mahu berikan yang terbaik agar dia juga turut bangga dengan apa yang telah saya hasilkan.

“Salah satu trek yang terkandung dalam EP ini adalah lagu Camaraderie yang menceritakan tentang kepercayaan terhadap sesebuah perhubungan atau persahabatan yang telah berakhir, saya pasti semua orang pernah mengalami perasaan dikhianati oleh seseorang yang rapat, segala kepercayaan itu hilang dan proses ‘healing’ itu agak berat tetapi jangan biarkan perasaan itu mengawal diri, kita perlu bangkit dan terus maju ke hadapan dengan penuh keyakinan.”

“Perjalanan muzik saya di Malaysia dan juga Amerika Syarikat bukanlah sesuatu yang mudah, terlalu banyak cabarannya dan adakalanya saya rasa putus asa, tapi peminat-peminat Malaysialah yang selalu memberi kata-kata semangat, jadi EP ini adalah hadiah buat anda!” luahnya.

Lagu-lagu yang terkandung dalam EP MASIH YUNA boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala audio single dan video lirik EP tersebut boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Yuna.

 

 

Artikle Berkaitan:>

Diiringi Malaysian Philharmonic Orchestra, Yuna Tampil Nyanyikan Lagu Bella Ciao

 

Yuna bantu jenama tempatan menerusi myIOU

 

(Visited 68 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button