Politik

Dr M dakwa Muhyiddin PM yang sangat lemah

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad meneruskan serangannya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin.

Artikel terbaharu portal berita Malaysiakini melaporkan, Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri yang sangat lemah.

Tuduhan itu dibuat Dr. Mahathir kerana Muhyiddin selepas mengambil alih kerajaan tidak menamakan sesiapapun sebagai timbalan perdana menteri.

“Dia tak berani pun pilih timbalan perdana menterinya,” kata Dr. Mahathir.

Untuk pertama kali, pentabiran Kerajaan Malaysia tidak mempunyai jawatan timbalan perdana menteri selepas Muhyiddin  membuat perubahan struktur kerajaan.

Beliau sebaliknya, melantik empat “menteri kanan”. Jawatan tersebut adalah lebih tinggi berbanding jawatan menteri lain dan hanya satu tahap di bawah perdana menteri.

Dr. Mahathir turut menyifatkan Muhyiddin sebagai perdana menteri yang lemah kerana terpaksa bergantung kepada UMNO dan Pas.

Muhyiddin, kata Dr. Mahathir tidak mampu mengambil tindakan disiplin terhadap menteri yang melanggar peraturan termasuk prosedur operasi standard berkaitan Covid-19.

“Dia sangat lemah, dia bergantung pada Umno dan PAS. Kalau dia ambil tindakan terhadap Umno dan PAS, mereka akan keluar dan mereka (kerajaan) akan tumbang.

“Tetapi dia orang (Umno dan PAS) pula ada masalah, kalau dia bagi Muhyiddin tumbang dia pun tumbang juga.

“Jadi…ketika (undi) belah bahagian di Parlimen dia (Muhyiddin) dapat sokongan daripada Umno apa semua,” katanya dalam satu wawancara bersama Malaysiakini.

 

 

(Visited 190 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button