Hiburan

Jocelyn Chia pelawak Singapura yang biadap

MALAYSIAN? Fuck you asshole.. Malaysia, still a developing country. Fuck you Malaysia. Malaysia airplanes cannot fly. Malaysian airlines gone missing not funny hahh. Some jokes don’t land. They don’t have internet.

Itu antara kata-kata yang dilontarkan oleh pelawak stand up comedian warga Singapura, Jocelyn Chia yang bukan sahaja menghina Malaysia, melontarkan kata-kata kesat dan mempersendakan MH370 yang hilang di dasar Lautan Pasifik.

Lontaran kata-kata kesat itu dapat ditonton menerusi aplikasi tiktok Jocelyn Chia.

Rakyat Malaysia bukan kuno atau tidak pernah mengikuti lawak jenaka oleh Kumar, seorang lagi stand up comedian yang berasal dari seberang tambak Johor tetapi lawak-lawak yang dipentaskan oleh Kumar tidak pula menjurus ke arah penghinaan rakyat Malaysia atau tragedi malang yang menimpa pesawat MH370 seperti mana yang dilakukan oleh Jocelyn Chia ini.

Memang kurang ajar dan amat biadap Jocelyn Chia ini kerana bahan jenaka, memaki rakyat Malaysia dengan perkataan fuck you mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia.

Bukan hanya membangkitkan rasa marah rakyat Malaysia, bahkan ia boleh mencalarkan hubungan dua hala di antara kerajaan dengan kerajaan sekiranya Singapura tidak mengambil tindakan tegas terhadap Chia.

HARITH ISKANDAR

Apa yang dilakukan oleh Chia menarik perhatian pelawak stand up comedian negara, Harith Iskandar.

Beliau yang berada di luar negara, terpanggil untuk menjawab apa yang dilontarkan oleh Chia.

Kata Harith, sebagai pelawak, Chia sepatutnya peka dengan bahan jenaka yang sensitif walau pun sensitif adalah bersifat subjektif.

“Kita pelawak ada tanggungjawab yang perlu dijalankan, komedi boleh menjadi alat yang berkuasa tetapi tidak semestinya apa yang lucu pada kita, lucu pada orang lain.

“Dia sepatutnya bijak dalam memilih untuk tidak mempersendakan MH370 dan walaupun kami, rakyat Malaysia masih sebagai negara sedang membangun tetapi apabila merujuk kepada kebaikan dan sikap ambil berat atau kepedulian, kami nombor satu di dunia,” kata Harith.

Kehilangan MH370 merupakan satu tragedi dan traumanya masih dirasai sehingga ke hari ini dan ia langsung tidak patut dibangkitkan oleh Chia yang mengatakan tidak peduli kalau lawaknya itu tersebar di internet.

Chia mendakwa, Malaysia tidak mempunyai internet!

Kata Harith lagi, pelawak boleh bersifat bebas dan kebebasan yang ada, akan memberi kesan atau impak.

Chia kata Harith lagi, dipercayai membuat persembahan di sebuah kelab, Comedy Cell di Amerika dan dia mempersendakan penonton Malaysia.

Sudah semestinya, lawak Chia akan tersebar di internet dan sebagai rakyat Singapura, dia sepatutnya lebih bijak dan mencipta suasana lawak yang inklusif, kata Harith lagi.

“Saya juga buat lawak tentang Singapura. Niat saya ialah untuk buat orang ketawa. Umpama persaingan antara sepupu namun harus sedar impak dan kesannya akan berlegar di media sosial,’ katanya. – SM

BACA Banjir: Pelawak mohon maaf ciapan persoal tentera

BACA Kata arwah Mak Enon, jadi pelawak ada “undang-undang”

(Visited 793 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button