Hiburan

Diiringi Malaysian Philharmonic Orchestra, Yuna Tampil Nyanyikan Lagu Bella Ciao

Rata-rata peminat drama bersiri Money Heist yang ditayangkan di saluran Netflix tidak sabar menantikan bahagian ke-5 vol. 1 bermula 3 September 2021.

Mana tidaknya, drama bersiri Money Heist dengan musim baru sepatutnya ditayangkan pada awal tahun lalu namun disebabkan beberapa faktor, ia telah ditunda.

Di akaun YouTube Netflix Asia, mereka memuat naik satu video Yuna menyanyikan lagu Bella Ciao diiringi Malaysian Philharmonic Orchestra.

Lagu Bella Ciao cukup sinonim dengan drama bersiri Money Heist itu dan menjadi kegilaan hampir seluruh di dunia menjangkau norma bahasa dan budaya.

Dalam erti kata lain, sebut sahaja Bella Ciao.. dalam sesebuah kelompok itu pasti akan mengetahui dia adalah salah seorang penggemar Money Heist.

Money Heist mengisahkan detik akhir Professor dan rakan-rakan jenayahnya yang merompak Bank Of Spain pada siri lalu dan segala-galanya hampir ‘kantoi’.

Klik pada gambar untuk sertai group Money Heist Malaysia Fans

Entah apa debarannya kali ini, semua tidak mengetahuinya kecuali pengarah, penulis skrip, krew produksi dan pelakon mereka sahaja.

Kita sebagai peminat drama bersiri ini? Sama-sama nantikan kemunculan episod baharu Money Heist bermula 3 September 2021 di saluran berbayar atas talian, Netflix.

 

(Visited 379 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button