EkonomiHiburan

Yuna bantu jenama tempatan menerusi myIOU

WALAUPUN mempunyai kerjaya yang sangat baik di peringkat antarabangsa, penyanyi, Yuna mengakui dia tidak pernah lupa dengan tanah airnya.

Menurut Yuna, sejak daripada dahulu lagi dia sentiasa memberi sokongan kepada jenama tempatan tidak kira kecil mahupun besar.

“Ramai yang tahu saya memang gemarkan jenama-jenama tempatan sama ada kecil atau besar sejak dari dahulu lagi.

“Saya akan kongsikannya dengan keluarga dan para peminat, tapi saya rasa cara itu masih belum lagi boleh dianggap menyeluruh.

“Dewasa ini, banyak usahawan tempatan mengalami kekangan kewangan dalam memastikan perniagaan mereka terus berkembang,” katanya.


Disebabkan itu juga menurut Yuna, dia bersetuju untuk menjadi wajah rasmi kepada aplikasi perniagaan atas talian tempatan iaitu myIOU.

Yuna berkata, dia bersetuju untuk menjadi wajah rasmi kepada aplikasi berkenaan kerana mahu menyokong perniagaan anak tempatan dan sudah lama berhasrat mahu memainkan peranan yang lebih besar.

“Saya mahu lihat lebih banyak perniagaan anak tempatan mengambil peluang keemasan ini turut serta menggunakan kemudahan perniagaan atas talian melalui myIOU.

“Ini akan dapat membantu lebih banyak usahawan-usahawan untuk terus berkembang dalam menjana pendapat semasa dan selepas musim pandemik ini,” jelasnya.

myIOU adalah servis perkhidmatan kewangan terbaru yang menawarkan khidmat Beli Sekarang Bayar Kemudian (Buy Now Pay Later) sesuai dan mudah untuk para peniaga dan usahawan atas talian dengan adanya pilihan pembayaran fleksibel yang pasti akan menarik ramai pelanggan dan pengguna.

Yuna berkata kerjasama dengan myIOU ini sememangnya masa yang sangat tepat kerana dia sedang mencari peluang untuk membantu para usahawan demi kelangsungan perniagaan mereka.

Ujarnya, dengan adanya perkhidmatan ‘Beli Sekarang Bayar Kemudian’ (Buy Now Pay Later/ BNPL) yang ditawarkan oleh pihak myIOU, ia akan pasti dapat membantu bukan sahaja para peniaga malah para pelanggan.

“Saya bersama-sama pihak myIOU berharap dapat menarik seberapa ramai orang di luar sana untuk mengambil peluang menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak myIOU.

Melalui kerjasama ini, Yuna akan mewakili myIOU dalam kempen-kempen dan aktiviti-aktiviti promosi secara atas dan bawah talian melalui pelbagai jenis media. -SM

(Visited 58 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button