Nasional

YPM sumbang bantuan RM70 ribu kepada UKM

 

BANGI 18 Nov – Yayasan Pelajaran MARA (YPM) menyumbang bantuan bernilai RM70 ribu kepada bagi menampung pembiayaan pelajar dalam kategori asnaf dan B40.

Bantuan ini merupakan bentuk kerjasama melalui Bahagian Pembangunan dan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pengerusi Eksekutif YPM Datuk Dr. Mohd Nizar Sudin dalam kenyataannya berkata, YPM
menyerahkan sumbangan bantuan berupa set barangan makanan dan bantuan tunai dengan jumlah keseluruhan RM10 ribu kepada 100 orang pelajar dan sumbangan Pendidikan YPM bernilai RM60 ribu kepada 15 pelajar UKM melalui Program Semarak Ilmu, Seksyen Pendidikan Tertiari YPM.

“YPM terpanggil untuk memberikan bantuan kepada pelajar-pelajar B40 di bawah Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP),
yang mana kita telah kenal pasti lebih kurang 100 pelajar daripada dari golongan ini yang terkesan akibat daripada pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan,” katanya di sini hari ini.

Inisiatif ini adalah kerjasama YPM bersama Maybank Islamic Berhad adalah bagi menampung pembiayaan pelajar dalam kategori asnaf dan B40.

Menurut Mohd. Nizar, skim SDEP YPM ini diwujudkan bagi menyediakan bantuan dalam pelbagai bentuk antaranya bantuan kewangan, barangan keperluan pembelajaran, kelengkapan pengajian dan lain-lain kepada pelajar B40 dan pelajar kurang berkemampuan.

Ujarnya, sehingga Oktober lalu, seramai 1,003 orang pelajar dari seluruh negara telah menerima manfaat di bawah SDEP dengan jumlah bantuan sebanyak RM373,736.10 termasuk bantuan hari ini.

Bantuan sumbangan itu diserahkan oleh Mohd. Nizar kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UKM, Prof. Dato Ir. Dr. Othman A. Karim.

Turut serta, Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar UKM, Profesor Madya Dr. Roslee Rajikan, Pengurus Kanan Pembangunan Dana YPM, Zainal Rashid Zakaria.

(Visited 442 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button