Nasional

‘Wedding planner’ rugi teruk, mungkin beralih bisnes

TIADA jangkaan jelas mengenai masa hadapan perniagaan terutama dalam sektor penganjuran acara seperti syarikat perancang majlis perkahwinan.

Ia susulan wabak pandemik Koroanvirus (Covid-19) yang masih belum menunjukkan tanda-tanda akan reda ekoran penularannya masih mencatatkan empat angka setiap hari.

Malah, kewujudan vaksin pun tidak menjamin keselamatan dan ketahanan terhadap virus menjejaskan potensi perniagaan sekaligus menyebabkan peniaga dalam sektor berkenaan mulai bertukar bidang.

“Pelanggan semua masih was-was jadi memang teruk perniagaan terutama di Lembah Klang

“Kalau macam ini saya rasa tak ‘survive’…kebanyakan perniagaan kecil telah tutup dan pergi kerja tempat lain.


Demikian kata Setiausaha Agung Persatuan Pengusaha Majlis Perkahwinan Malaysia (PPMPM), Arabath Ali Arul Alavudeen seperti dilapor FMT hari ini.

Katanya, Lebih banyak pengusaha majlis perkahwinan dijangka akan bertukar bidang sekiranya perintah kawalan pergerakan (PKP) bersyarat dilanjutkan, kerana dalam keadaan sekarang pun mereka sukar hendak bertahan.

Ini kerana, banyak pengusaha sudah pun beralih arah kerana perniagaan mengalami kerugian teruk.

Arabath berkata setakat ini 30% hingga 40% pengusaha mahu tukar perniagaan.

Di Selangor, Sabah dan Kuala Lumpur, tempoh PKPB dilanjutkan sehingga 31 Dis kecuali di Kuala Selangor, Sabak Bernam, dan Hulu Selangor, yang bawah PKP pemulihan.

PKPB juga berkuat kuasa di Mukim 12 Barat Daya dan Mukim 13 Timur Laut (Pulau Pinang); Ipoh dan Chemor (Perak); Port Dickson (Negeri Sembilan); dan Johor Bahru, Batu Pahat, dan Kulai (Johor).

Arabath memaklumkan ramai pelanggan menunda tarikh majlis mereka dan meminta wang dipulangkan semula.

Menurut Arabath, 10 peratus pelanggan ahli persatuan mahu wang dikembalikan.

“Pengusaha pun sudah tidak ada wang untuk memulangkan balik dan banyak kes tribunal sedang berjalan,” katanya.

Dalam pada itu, Arabath mencadangkan kerajaan mengusahakan kelonggaran syarat pinjaman dan memudahkan proses pinjaman perniagaan.

Termasuklah kemudahan mendapatkan dana daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga, SME Corp, dan Perbadanan Usahawan Nasional Bhd.

“Saya juga meminta kerajaan untuk memberikan subsidi penyewaan dewan perkahwinan daripada sewa asal kepada para peniaga yang menyewa premis dengan bertujuan menjadi dewan majlis perkahwinan,” katanya. – SM

(Visited 98 times, 1 visits today)

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button