Nasional

Yayasan Ikhlas sasar kutipan RM300,000

PROJEK Bantu Pesakit Sihat anjuran badan bukan kerajaan (NGO), Yayasan Ikhlas mensasarkan kutipan sebanyak RM300,000 dalam usaha mereka menarik orang ramai untuk berinfak dan bersedekah.

IR. KAMARUDDIN KASSIM

Pengurus Besar yayasan, Ir. Kamaruddin Kassim memberitahu SUARA MERDEKA, pada 2 Mei lalu, pihak yayasan telah menyerahkan dua katil hospital kepada seorang pesakit barah rahim tahap tiga.

Turut menerima sumbangan pada tarikh yang sama, kata Kamaruddin ialah seorang warga emas yang patah lima tulang rusuk sebelah kiri.

“Penyerahan sumbangan kepada penerima disalurkan melalui Bantuan Projek Bantu Pesakit Sihat.

“Dalam data kami yang diberi oleh hospital, ada 291 pesakit lagi yang memerlukan bantuan. Kami amat memerlukan peralatan ini bagi menjayakan usaha ini :

  1. Kerusi Roda Khas (Pesakit Cerebral Palsy) – 20 unit
  2. Kerusi Roda Biasa – 50 unit
  3. Kaki dan Jari Palsu – 10 unit
  4. Katil (3 Fungsi) – 111 unit
  5. Tongkat – 100 unit,” kata Kamaruddin.

Sementara itu, seorang kanak-kanak, Aisy Miqael, 5, turut menerima bantuan yang digerakkan oleh yayasan, kata Kamaruddin.

“Pada Oktober tahun lepas, kami dimaklumkan bahawa Aisy disahkan  menghidap Treacher Collins Syndrome (gangguan pertumbuhan tulang) sejak berumur 3 bulan lagi.

“Dia dijaga oleh keluarga angkat sejak lahir. Aisy tidak mampu berjalan seperti kanak-kanak sebayanya sehinggalah ke hari ini.

“Najis pula perlu dikeluarkan secara manual dengan dimasukkan paraffin ke dalam duburnya,” cerita Kamaruddin tentang kondisi Asy.

Beliau berkata, pihak yayasan menerima maklumat daripada Hospital Serdang untuk menyalurkan bantuan di atas kesusahan yang dihadapi.

“Dengan pendapatan ketua keluarga sebanyak RM1,700, lebih kurang RM1,000 telah dibelanjakan untuk perubatan Aisy. Jadi, yang tinggal selebihnya hanya cukup-cukup makan sahaja untuk keluarga tersebut,” ujarnya.

Hasil sumbangan projek Bantu Pesakit Sihat, kata Kamaruddin, keluarga angkat Aisy dapat dibantu dengan menyediakan peralatan mesin Cpap dan kerusi roda untuk meringankan beban keluarga kanak-kanak ini.

Menurut Kamaruddin lagi, di dalam data yayasan, terdapat 291 pesakit yang perlu dibantu.

“Saya ingin memohon tuan-tuan dan puan-puan agar menyebarkan seruan ini kepada ahli keluarga serta sahabat handai.

“Sumbangan boleh disalurkan terus ke  terus ke akaun Yayasan Ikhlas, Maybank 5628 3463 6228,” katanya. – SM

(Visited 416 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button