AgamaNasionalNegeri

Pemimpin organisasi Islam perlu tingkat kerjasama – Pemangku Raja Perlis

PEMIMPIN organisasi dan agensi Islam hendaklah sentiasa cuba bagi mempertingkatkan kerjasama demi kebaikan menyeluruh umat.

Kolaborasi strategik dan kerjasama pintar berkenaan tidaklah hanya melibatkan pemimpin masa kini, tetapi turut melibatkan golongan pemimpin muda yang akan mengambil alih tampuk kepimpinan masa depan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan menerima cederamata dari para pemimpin utama UUCSA di Cape Town baru-baru ini.

Perkara ini dititahkan oleh Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan menerima mengadap para pemimpin utama di bawah naungan Kesatuan Majlis Ulama Afrika Selatan (UUCSA) yang diketuai Syeikh Moulana Abdul Khaliq Allie di Cape Town baru-baru ini.

Baginda bertitah demikian dalam siaran media oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini.

Pertemuan ini juga disertai para pemimpin utama daripada Muslim Judicial Council (MJC) Afrika Selatan, Cape Town Ulama Board (CTUB), Sunni Ulama Council (SUC), Jamiatul Ulama South Africa (JUSA), Sunni Jamiatul Ulama (SJU), Darul Ihsan (DIHC), Jamiatul Ulama KZN (JUKZN), Council of Ulama Eastern Cape (CUEC) dan Northen Cape Ulama Council (NCUC).

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berbincang dengan Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berbincang dengan para pemimpin utama UUCSA yang diketuai Syeikh Moulana Abdul Khaliq Allie di Cape Town baru-baru ini.

Baginda diiringi oleh Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor berkata, perbincangan antara kedua belah pihak berfokus kepada usaha untuk mempertingkatkan hubungan terutama dalam menyelesaikan pelbagai polemik yang melibatkan umat Islam di seluruh dunia.

Pada majlis berkenaan, Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah berkenan melancarkan menu “Kurma Daging Perlis” sempena kempen ‘Promosi Masakan Perlis’ yang dilaksanakan MAIPs bersama-sama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) dan Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) di Restoran Bismillah Cape Town, bersebelahan perkampungan Bo-Kaap, yang merupakan kawasan Melayu Cape di Bandaraya Cape Town, Afrika Selatan.

Baginda berdua turut berkenan meluangkan masa melawat ke Muzium Bo-Kaap yang dibina sejak tahun 1760-an lagi.

Muzium berkenaan memaparkan sumbangan budaya yang dibuat oleh peneroka Islam terawal, mengandungi perabot Abad ke-19 termasuk meja makan daun, kerusi gaya Keregenan Cape dan kamar pengantin perempuan dihias untuk memadankan baju pengantin.

Selain itu, Pemangku Raja dan Raja Puan Muda turut berkenan berangkat menunaikan solat di Masjid Auwal, iaitu masjid pertama di Afrika Selatan yang dibina tahun 1794 oleh Imam Abdullah Kadi Abdus Salaam atau disebut sebagai Tuan Guru. – SM

BACA Kejayaan “pengurusan pengetahuan” bergantung keupayaan organisasi

(Visited 69 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button