Nasional

66 pelatih Kor SUKSIS UPSI terima tauliah

Keamanan serta keselamatan hari ini adalah hasil pengorbanan serta kerjasama erat masyarakat setempat bersama PDRM untuk mengekalkan keamanan.

Ketua Polis Perak, CP Datuk Sri Mohd Yusri Hassan Basri ketika berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Tamat Latihan Dan Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai Kor SUKSIS ( Kor Sukarelawan Siswa Polis ), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Dewan SITC , Kampus Sultan Abdul Jalil Shah dekat sini kelmarin.

Beliau berkata ilham penubuhan SUKSIS adalah cetusan idea bekas Perdana Menteri Malaysia ke- 5, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 1999 yang bertujuan membentuk badan beruniform ala polis di semua institusi pengajian tinggi awam di Malaysia agar dapat melahirkan graduan universiti yang bukan sahaja cemerlang akademik tetapi memliki pengetahuan undang-undang, berdisiplin, berketrampilan, dilengkapi nilai-nilai murni serta harga diri yang tinggi.

Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff dan Ketua Polis Perak , Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri bersama pelatih Kor SUKSIS UPSI sempena Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai Kor SUKSIS UPSI 2022 di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, hari ini.

Hadir sama Ketua Penolong Pengarah, Pendataan/Analisa, Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, Nik Ezanne Mohd Faisal; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Luqman Abdul Rahman.

Hari ini, katanya, PDRM memberi watikah pentauliahan sebagai pengiktirafan kepada 66 pelajar UPSI selepas berjaya menamatkan latihan dengan cemerlang selama tiga tahun atau enam semester yang diselaraskan di semua universiti awam di Malaysia.


“Saya percaya anggota Kor Siswa SUKSIS begitu bersemangat untuk berbakti kepada masyarakat dengan berintegriti dan percayalah kerja polis mempunyai masa depan dan selaras dengan tuntutan agama untuk memastikan masyakarat meneruskan kehidupan dengan aman damai,” katanya.

Beliau berharap pelatih yang ditauliahkan itu akan menjadikan kerjaya kepolisan sebagai kerjaya pilihan utama berikutan latihan yang dijalani menjadi satu.

Siti Nazifah Arifin menerima Anugerah Pelatih Terbaik( Latihan Luar ) daripada Ketua Polis Perak , Datuk Sri Mohd Yusri Hassan Basri.

Terdahulu, Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata kepolisan adalah amanah mulia dan semoga semangat keperwiraan yang diterapkan kepada pelatih Kor SUKSIS juga mewarisi darah Ibu Kandung Suluh Budiman.

Beliau berkata berkata sebagai sebuah universiti bersejarah yang berdiri utuh sepanjang 100 tahun penubuhannya, seramai 66 orang pelatih Kor SUKSIS UPSI ambilan tahun 2019 telah berjaya menamatkan latihan dengan jayanya.

Katanya,semoga pelatih kor SUKSIS dapat memanfaatkan segala ilmu semasa latihan untuk membangunkan kerjaya yang cemerlang dan membantu ibu bapa yang telah banyak berkorban serta memajukan negara.

Sebelum majlis, turut ditayangkan montaj yang menyingkap kenangan selama tiga mereka mengikuti latihan.
Sempena majlis watikah pentauliahan itu Anugerah Pelatih Terbaik (Keseluruhan) disampaikan kepada Mohamad Hafizin Abdullah; Anugerah Pelatih Terbaik (Akademik), Mohammad Muhaimin Muhammad Misbah , manakala Anugerah Pelatih Terbaik( Latihan Luar ) diterima oleh Siti Nazifah Arifin.

(Visited 41 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button