Nasional

COVID: Kes baharu 3,391 dengan 19 kematian – KP Kesihatan

Kes baharu COVID-19 di Malaysia hari ini menurun kepada 3,391 kes daripada 4,571 kes semalam, dengan 19 kematian direkodkan bagi tempoh 24 jam lepas setakat ini.

Pertambahan 19 kematian hari ini menyaksikan kes kematian akibat COVID-19 bagi lima hari pertama bulan Februari sejumlah 85 kes, manakala jumlah keseluruhan kes kematian akibat pandemik itu kini 845 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada keseluruhan kes baharu yang dicatatkan, 3,387 kes melibatkan warga tempatan manakala empat lagi kes import, menjadikan jumlah kumulatif kes akibat wabak itu kini 234,874.

“Jumlah kes yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) pula mencecah 310, dengan 134 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 48,751 kes,”  menurutnya dalam satu kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 di sini, hari ini.

Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu 1,228 kes (36.2 peratus), diikuti Johor iaitu 598 kes (17.6 peratus) dan Kuala Lumpur dengan 395 kes (11.6 peratus).


— BERNAMA

(Visited 276 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button