Rencah Hidup

Yayasan Ihsan Rakyat hulur bantuan Ramadan kepada Asnaf, OKU

SEBANYAK 60 golongan asnaf dan kurang upaya menerima sumbangan ramadan daripada Yayasan Ihsan Rakyat dalam majlis yang diadakan di Taman Maluri dan Kampung Baru, baru-baru ini.

Pegawai Eksekutif Yayasan Ihsan Rakyat, Datuk Rozzana Rahmat berkata, untuk sumbangan kali ini, pihaknya bekerjasma dengan Pertubuhan Gerakan Prihatin Malaysia.

“Kita telah mula memberi sumbangan kepada orang ramai mengikut kemampuan dan keupayaan sejak enam tahun yang lalu.

“Memang tidak ada kutipan dibuat daripada mana-mana pihaknya sebaliknya adalah hasil rezeki yang terima dalam perniagaan saya,” katanya selepas majlis memberi sumbangan tersebut baru-baru ini.


Kesemua penerima pada majlis tersebut telah menerima beberapa kelengkapan makanan asas harian termasuklah ayam mentah dan ikan segar.

Selain itu, Yayasan Ihsan Rakyat turut menyalurkan sumbangan berbentuk wang tunai kepada Masjid Al-Imam Ash-Shafie.

Wang tersebut disumbangkan selepas masjid itu baru-baru ini mengalami kerosakan yang agak teruk akibat ribut dan angin kuat.

Menurut Rozzana, dia bersama pasukannya juga telah mengatur beberapa siri infak sepanjang Ramadan kali ini di seluruh negeri.

“Pasukan My#InfaqIhsan telah mengatur beberapa siri sumbangan untuk golongan yang memerlukan pada 17 April di Grik, Perak.

“Kami juga dah membuat perancangan untuk turun ke selatan iaitu Melaka dan Kluang, Johor sebelum ke Pantai Timur.

“Di penghujung Ramadan nanti kami akan buat program berbuka puasa dengan anak-anak yatim,” katanya. -SM

(Visited 34 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button