KesihatanNasionalRencah Hidup

Sulam 255 Getah Dalam 7 Minit, Pasukan Wanita Ini Tewaskan Pasukan Lelaki!

Tidak ramai generasi hari ini tahu cara-cara untuk bermain sukan tradisi seperti lompatan untai gelang getah.

Ia bukan semakin terhakis dek perubahan zaman malah generasi hari ini banyak tertumpu kepada gadjet sahaja.

Melihat penting untuk popularkan sukan tradisi ini, Kelab Sukan Tradisional Harmoni mengambil cabarannya.

Pengerusinya, Radzuan Abu Samah berkata, acara seperti lompatan untai gelang getah sangat menyeronokkan.

“Ia bukan sahaja melatih semangat pasukan malah melatih akal untuk berfikir cara untuk menang.

“Sehubungan itu setiap pasukan diberi masa tujuh minit untuk menyulam 255 gelang getah,” katanya.

Radzuan berkata demikian kepada Suara Merdeka ketika ditemui dalam Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Ujar Radzuan lagi, setelah setiap pasukan berjaya menyulam 255 gelang getah itu, lompatan perlu dibuat.

“Kemenangan pula akan dikira daripada jumlah berapa banyak lompatan yang dibuat oleh ahli pasukan.

“Inilah uniknya sukan tradisi kita dan ia pun sudah diwartakan sebagai khazanah negara,” katanya.

@suaramerdeka19

Comel jer bila tengok lelaki kalah dengan perempuan 🤣#keluargamalaysia

♬ original sound – Suara Merdeka – Suara Merdeka

 

(Visited 301 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button