Politik

‘Wilayah bebas niaga’ cabul undang-undang – Teresa

AHLI Parlimen DAP, Teresa Kok dilihat cukup tidak berpuas hati dengan kelonggaran dan kemudahan diberikan Kementerian Wilayah Persekutuan untuk berniaga.

Di bawah program atau kempen ‘Wilayah bebas berniaga’, penduduk di Kuala Lumpur khususnya dibenarkan berniaga di kediaman mereka atau di mana-mana.

Asalkan tidak menimbulkan kesesakan trafik, kerana kemudahan itu akan memberi peluang lebih baik kepada penduduk untuk mencari atau menambah pendapatan.

Bagaimanapun, tindakan itu tidak disenangi Teresa walaupun mendapat sokongan daripada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Sebaliknya beliau lebih mempertikaikan soal undang-undang berbanding kemanusiaan apabila kemudahan tersebut diperkenal Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.


“Zuraida dan Annuar haruslah membantu golongan miskin ini dengan mewujudkan lebih pusat penjaja atau pun pasar pagi atau pasar malam di tempat yang sesuai.

“Bukan menggalakkan orang ramai mencabuli peraturan kerajaan tempatan dengan membuka gerai dan bebas berniaga di mana-mana tempat di Kuala Lumpur.”

Kata Teresa dalam satu kenyataan hari ini yang meminta kedua-dua menteri itu memberi perhatian terhadap masalah penjaja tanpa lesen.

Berbanding kemudahan berniaga di tempat yang memudahkan peniaga, Teresa dilihat mahukan mereka berniaga di pusat penjaja, pasar pagi atau pasar malam.

Semata-mata bagi mematuhi peraturan atau undang-undang sedia ada yang boleh digubal bagi memberi kemudahan kepada rakyat dalam hal berkenaan.

Dalam kenyataan sama, beliau menyokong kenyataan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, yang mendakwa wujud organisasi bukan kerajaan (NGO) cuba mengutip bayaran.

“Sehubungan dengan itu, saya juga ingin minta Zuraida dan Annuar untuk mengambil perhatian tentang kenyataan Hannah.

“Yang mengadu wujudnya NGO cuba mengutip bayaran daripada mereka yang ingin membuka gerai di bawah program ‘Wilayah bebas berniaga” di Kuala Lumpur,” katanya.

Tambah Teresa, kewujudan program tersebut juga akan menyebabkan keada kucar-kacir kerana pergaduhan antara penduduk dengan penjaja.

Terdahulu, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh, mengumumkan program ‘Wilayah bebas berniaga’ bagi memudahkan penduduk di Kuala Lumpur berniaga secara kecil-kecilan di kawasan sesuai mulai semalam. – SM

(Visited 160 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button