Politik

‘Saya masih tidak percaya Melayu akan mengundi untuk kerajaan Melayu’

PENGARAH Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong tidak percaya bahawa orang Melayu akan mengundi untuk kerajaan Melayu hanya kerana ia bersifat Melayu, tanpa mempertimbangkan sama ada parti tersebut dipenuhi dengan penyangak atau tidak.

Chin Tong berkata demikian berikutan, menurutnya, ada ura-ura bahawa Perikatan Nasional akan mengadakan pilihan raya umum dan PN menjangkakan bahawa orang Melayu hanya akan mengundi untuk kerajaan Melayu.

Bekas timbalan menteri pertahanan itu mendakwa, pihak berkenaan merasakan keadaan tersebut akan memberi majoriti dua pertiga untuk Perikatan Nasional.

Menurutnya, ketika awal tahun 2000, dia percaya bahawa pengundi Cina dan India akan akhirnya mengundi parti berbilang kaum iaitu DAP.

Tambah beliau, dengan wujudnya pakatan berbilang kaum tersebut orang Melayu akan turut bersama.

“Kini, setelah 20 tahun kemudian, saya masih tidak percaya bahawa orang Melayu akan mengundi untuk kerajaan Melayu hanya kerana ia bersifat Melayu tanpa mempertimbangkan sama ada parti tersebut dipenuhi dengan penyangak atau tidak.

“Sebaliknya, saya percaya bahawa rakan-rakan dan saudara-saudari saya menyertai politik kerana kami percaya dengan “jalan tengah Malaysia”.

“Kami percaya bahawa ada satu kumpulan pertengahan besar dalam kalangan pengundi Melayu dan kaum lain yang mahukan kerajaan yang bersih, jurang pendapatan yang lebih rapat, dan sebuah negara yang boleh dibanggakan oleh semua,” kata Chin Tong.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pelancaran bukunya “The Great Reset – 100 Days of Malaysia’s Triple Crisis” pada 8 Ogos lalu.

Perikatan Nasional merupakan gabungan yang merangkumi kerjasama antara UMNO, Pas, Bersatu, MCA, MIC serta parti-parti dari Sabah dan Sarawak.

Dalam lima pilihan raya kecil sebelum kejatuhan Pakatan Harapan, kerjasama jitu Pas, UMNO, MCA dan MIC melalui Muafakat Nasional berjaya mengalahkan calon PH yang terdiri daripada DAP, Amanah dan Keadilan serta Bersatu.

Kemudiannya, Bersatu di bawah Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin serta beberapa pemimpin Keadilan termasuk Datuk Seri Azmin Mohd. Ali menarik diri daripada kerjasama dengan PH sekaligus menyebabkan PH tumbang sebagai kerajaan.-SM

(Visited 188 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button