Nasional

Lebih 1 juta penduduk Sarawak telah divaksin dos pertama

LEBIH satu juta penduduk di Sarawak telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 sehingga semalam menjadikan negeri itu penerima vaksin tertinggi di Malaysia.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) sejumlah 1,030,188 orang atau 36.6 peratus populasi Sarawak telah disuntik dengan dos pertama sementara 246,569 atau 8.7 peratus populasi terima dos kedua.

Sehingga kini sejumlah 7,824,912 dos vaksin telah diberikan kepada rakyat.

Pemberian vaksin melibatkan 5,610,911 dos pertama atau 17.2 peratus populasi dan 2,21,001 dos kedua atau 6.8 peratus populasi.

Semalam menyaksikan sejumlah 231,733 dos diberikan iaitu 147,783 dos pertama dan 83,950 dos kedua.

Kuala Lumpur menyaksikan 55.7 peratus penduduk atau 988,698 orang telah disuntik dengan dos pertama dan 189,124 atau 10.7 peratus populasi di ibu negara telah disuntik dengan kedua-dua dos vaksin.

Selangor di tempat ketiga tertinggi iaitu 914,648 (14%) bagi dos pertama dan 287,127 (4.4%) bagi dos kedua.

Diikuti Johor di mana 443,421 (11.7%) telah disuntik dos pertama dan 233,239 (5.2%) telah mendapat suntikan dos kedua.

Sabah negeri kelima tertinggi jumlah penduduk telah disuntik dengan vaksin iaitu 378,619 (9.7%) dos pertama dan 233,239 (5.2%) dos kedua.-SM

(Visited 115 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button