Politik

Tok Mat mahu pilihan raya umum esok

Timbalan Presiden UMNO berkata kalau boleh beliau mahu pilihan raya umum diadakan esok.

Datuk Seri Mohamad Hasan berkata faktor rasa bagus selepas kemenangan di Melaka memberi kelebihan kepada UMNO.

Sehubungan itu beliau memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya mengadakan pilihan raya segera.

Menurut beliau perjanjian politik dengan walaupun menetapkan kerjasama sehingga Julai tahun depan, tetapi politik adalah dinamik.

Mohamad ialah pengarah pilihan raya Melaka juga berkata rakyat telah lama tertekan dengan politik yang tidak stabil.

(Visited 597 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button