Jenayah

Warga emas nyaris terperangkap dalam kebakaran

BERPANTANG maut sebelum ajal. Seorang warga emas nyaris terperangkap dalam unit rumahnya di Pangsapuri Tulin, Taman Jati, Kuala Lumpur terbakar pagi tadi.

Tindakan pantas bomba juga telah menyelamatkan mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian lutut dan menghadapi trauma.

Komander Operasi, Mohd. Suhaimi Mohd. Razali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.29 pagi.

“Jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Petaling dengan dibantu BBP Seputeh dan BBP Hang Tuah telah dikerah ke lokasi kejadian.

“Kita mendapati berlaku kebakaran di bahagian bilik rumah berkenaan dan api berjaya dikawal pada pukul 06.50 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya mangsa telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut dan punca kebakaran masih disiasat. – SM

(Visited 124 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button