JenayahNasional

“Masa Muda-Muda Dulu.. Menyesal Tak Banyak Main-Main, Malas?”, Herdik Influencer!

Video lelaki yang dipercayai seorang influencer, Khalif Shamsudin atau lebih dikenali Carl Shamsudin dalam kalangan pengikutnya menjadi perbualan ramai apabila dia mengherdik warga gelandangan di ibu kota.

Kejadian berlaku di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan video berkenaan juga merakam Carl bercakap tanpa memakai pelitup muka.

Antara kata-kata yang dilontarkan Carl dalam video berkenaan kepada warga gelandangan di ibu kota adalah seperti berikut :

“Umur berapa? 64? Saya tanya betul-betul. Masa muda dulu menyesal tak .. tak buat betul-betul? Masa muda dulu menyesal tak banyak main-main, banyak tak buat betul-betul, malas, menyesal tak masa muda?”


Selain itu, Carl turut bertanya sama ada pernah atau tidak golongan gelandangan ini berharap Tuhan menghantar seseorang untuk membuka jalan hidup baharu untuk mereka.

“Pernah tak you all wish one day, tak kisah you agama apa, you pray to god, God show me the way i want to change my life. What is today God sent me to help you guys?” ujar Carl dengan tegas.

Carl Shamsudin merupakan suami kepada pengasas butik Bella Ammara iaitu Sharifah Nabilla Al Yahya Syed Sheikh dan pada tahun 2019 pernah mempunyai kes pergaduhan kontroversi dengan blogger, Cik Epal.

 

(Visited 1,624 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button