NasionalNegeri

Raja Muda terima mengadap Ketua Pengarah APMM

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menerima mengadap Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin di ibu negara baru-baru ini.

Pada sembah mengadap itu, Hamid telah mempersembah maklum mengenai perkembangan terkini APMM. Selain itu, Hamid juga merujuk pengoperasian APMM ini di negeri Perlis dan juga perairannya.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menerim sembah maklum mengenai APMM oleh Hamid Mohd Amin di ibu negara baru-baru ini.

Sementara itu, Raja Muda dalam titah telah menzahirkan penghargaan kepada warga APMM terus komited mengawal sebarang pencerobohan terhadap peraiaran negara.

Sehubungan itu titah Baginda bertitah tahap disiplin dan kesiapsiagaan mereka perlu sentiasa berada pada tahap yang maksima.

Titah Baginda, ini bagi memastikan kedaulatan perbatasan dan perairan negara sentiasa dalam keadaan terpelihara. – SM

(Visited 32 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button