Nasional

182 kes baharu Covid-19, kes aktif meningkat 501

KES Covid-19 meningkat kepada 182 kes hari ini. Hampir kesemuanya iaitu 181 kes adalah kes jangkitan tempatan manakala satu kes lagi merupakan kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebahagian besar kes melibatkan Kluster Benteng di Sabah iaitu 167 dan Kluster Sungai serta Telaga di Kedah sebanyak 14.

Sebanyak 90 kes baharu jangkitan tempatan melibatkan warganegara Malaysia dan 91 kes melibatkan rakyat asing sementara satu kes import juga melibatkan warganegara asing.

“Ingin dimaklumkan bahawa daripada 167 kes baharu, 76 kes adalah warganegara di mana 70 kes adalah banduan penjara dan enam kes adalah melibatkan orang awam yang dikesan melalui saringan kontak rapat,” kata Dr. Noor Hisham dalam satu kenyataan.

Jumlah jangkitan hari ini menjadikan keseluruhan kes aktif di Malaysia meningkat kepada 501 kes. Sebanyak 9 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi dan dari jumlah itu 5 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiada kematian baharu dilaporkan.

Sementara itu Dr. Noor Hisham memaklumkan bagi Kluster Benteng LD, Sabah seramai  2,837 telah disaring.

“Di Tawau seramai 2,067 disaring. 250 kes dikesan positif Covid-19 termasuk 167 kes baharu hari ini. 625 individu negatif; dan 1,192 individu masih menunggu keputusan.

“Di Lahad Datu seramai 770 disaring dan 87 kes dikesan positif Covid-19; 291 individu negatif; dan 392 individu masih menunggu keputusan,” kata Dr. Noor Hisham.-SM.

(Visited 145 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button