Nasional

Polis Batu Pahat selamatkan dua kanak-kanak sesat di Parit Khamis

DUA kanak-kanak ditemui sesat jalan kira-kira enam kilomoter daripada lokasi yang ditemui pegawai polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik daerah (BSPTD) Batu Pahat.

Menurut perkongsian di Facebook BSPTD Batu Pahat, ketika itu Insp. Hisyam bersama Sjn. Fadhli dan Lk. Rio dalam perjalanan pulang selepas selesai menjalankan tugas siasatan kemalangan.

“Dua kanak-kanak terbabit dilihat berjalan kaki di tepi jalan tanpa ditemani orang dewasa telah melambai tangan isyarat untuk menahan kenderaan.

“Setelah disoal, mereka adalah adik-beradik yang berusia tiga serta tujuh tahun dan tersesat jalan untuk balik ke rumah,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, pegawai polis BSPTD Batu Pahat menghantar kanak-kanak terbabit ke rumah ibu bapa mereka yang terletak di Sri Pancor.

“Pihak keluarga mengucapkan terima kasih kepada pihak polis atas pertolongan dan sikap prihatin.

“Ibu bapa dinasihatkan memantau pergerakan anak-anak untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini,” kata kenyataan itu. – SM 

 

(Visited 269 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button