Nasional

Raja Muda Perlis tegur fikiran dangkal mereka yang buang sampah merata-rata

Perbuatan meninggalkan sampah di kawasan rekreasi dan melupuskan sisa buangan dengan sesuka hati menunjukkan kedangkalan akal fikiran golongan tersebut di dalam masyarakat.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di rumah Zailudin Bidin, Udoh Kassim dan Norqairil Adzhar yang terletak di antara Kangar dan Kuala Perlis sempena program MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf kali yang ke 53 bagi tahun ini. Masing-masing menerima agihan zakat MAIPs bernilai RM700 tunai, ‘Kit MAIPs Peduli’ dan beras fidyah daripada baginda.

Sempena program tersebut para peserta yang mengiringi baginda secara spontan telah berganding bahu untuk mengadakan gotong royong bagi membantu membersihkan kawasan perkarangan salah sebuah rumah yang diziarahi tersebut.

Menurut Tuanku Raja Muda lagi, sikap ambil mudah membuang sampah merata-rata dan menganggap sampah individu akan diuruskan oleh pihak lain semata-mata juga adalah sikap yang amat tidak bertanggungjawab.

Tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra, sebagai ahli masyarakat yang mendokong aspirasi ‘Perlis Hebat! Rakyat Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Tindakan’, baginda amat berharap agar kempen ‘Rakyat Perlis Hidup Bersih’ dan ‘Masyarakat Perlis Madani Berperaturan’ dapat dijayakan oleh semua pihak dengan sikap penuh bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh selari dengan matlamat pencapaian ‘Perlis Negeri Bandaraya Pintar 2030’.

(Visited 373 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button