Nasional

Warga emas lakukan hubungan seks dengan kucing

PETALING JAYA: Seorang lelaki berusia 63 tahun mengaku bersalah pagi ini di mahkamah sesyen Johor Bahru atas pertuduhan melakukan hubungan seks luar tabii dengan seekor kucing, menyebabkan kematiannya.

Kejadian berlaku pada 4.30 pagi 16 April lalu di taman permainan di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai.

Janting Keling mengaku bersalah melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan di hadapan Hakim Fatimah Zahari.

Dia memberitahu mahkamah dia baru datang ke Johor Bahru dari Sarawak dan tidak mempunyai pekerjaan. Dia kini tinggal di rumah anak perempuannya, lapor Harian Metro.

Mahkamah membenarkan lelaki itu, yang tidak diwakili peguam, diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menangguhkan sebutan semula kes pada 25 Mei.


Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat.

 

(Visited 72 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button