fbpx


Nasional

COVID-19: Sumbangan NGO diuruskan Jabatan Kebajikan Masyarakat

SEMUA sumbangan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membabitkan bantuan Covid-19 perlu disalurkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam satu kenyataan memberitahu, ini kerana JKM merupakan agensi yang bertanggungjawab mengumpul dan menyelaras sumbangan bekalan makanan daripada mana-mana NGO>

Ia kemudiannya akan diagihkan keoada penduduk yang memerlukan.

Bagi tujuan ini, semua bantuan makanan hendaklah disalurkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (JKMN) dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berhampiran.

Parkara itu juga sudah ditegaskan pada sidang media Menteri Kanan pada 28 Mac menyatakan bahawa penglibatan NGO dalam menyalurkan bantuan bagi membantu rakyat Malaysia yang terkesan semasa Perintah Kawalan Pergerakan perlu diselaraskan oleh KPWKM.


BACA:

JKM merupakan agensi yang akan bertanggungjawab mengumpul dan menyelaras sumbangan bekalan makanan daripada NGO untuk diagihkan kepada penduduk setempat yang memerlukan.

Sebarangan pertanyaan berkaitan proses penyaluran bantuan, NGO dinasihatkan untuk menghubungi Bilik Gerakan Negeri dan Daerah dan maklumat boleh didapati dari laman sesawang JKM di www.jkm.gov.my.

Bagi melancarkan proses pengurusan bantuan, KPWKM akan memobilasikan pegawaipegawai di Kementarian dan agensi di bawahnya.

KPWKM mengalu-alukan sumbangan bekalan makanan daripada NGO dan mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan NGO dalam membantu rakyat yang terkesan semasa PKP ini. – SM

Show More

Related Articles

Back to top button