Nasional

17 sektor perkhidmatan, 12 perkilangan dibenar beroperasi ketika ‘lockdown’

SEBANYAK 17 sektor perkhidmatan dibenarkan beroperasi ketika ‘lockdown’ penuh dilaksanakan selama 14 hari bermula Selasa ini.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, sektor perkhidmatan terbabit dikelaskan sebagai perlu.

Manakala semua sektor perkilangan tidak dibenarkan berorasi kecuali 12 sektor khusus.

Turut dibenarkan sektor pertanian, perikanan, penternakan, perladangan dan komoditi dan pembinaan dengan kapasiti bekerja yang dibenarkan adalah secara optima.

Berikut sektor perkhidmatan yang dibenarkan beroperasi:


1. Makanan dan minuman termasuk untuk haiwan

2. Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, penjagaan dan klinik haiwan serta perkhidmatan
veterinar

3. Air

4. Tenaga

5. Keselamatan (security and safety), pertahanan, kecemasan, kebajikan dan bantuan kemanusiaan

6. Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan pembetungan

7. Pengangkutan melalui darat, air atau udara

8. Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan, pengangkutan laiter, pengendalian kargo dan pemaliman, dan penyimpanan atau pemukalan komoditi

9. Komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan internet, pos dan kurier serta penyiaran (bagi tujuan
penyampaian maklumat, berita dan seumpamanya sahaja)

10. Perbankan, insuran, takaful dan pasaran modal

11. Kredit komuniti (pajak gadai dan Ar-rahnu)

12. E-dagang dan teknologi maklumat

13. Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan
serta pengagihan bahan api dan pelincir

14. Hotel dan penginapan (hanya bagi tujuan kuarantin, pengasingan, pekerjaan bagi perkhidmatan perlu dan
bukan tujuan pelancongan).

15. Pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan kritikal

16. Perkhidmatan perhutanan (terhad kepada penguatkuasaan) dan hidupan liar

17. Logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu.

Sektor perkilangan yang dibenarkan beroperasi dengan kapasiti pekerja 60 peratus:

1. Aeroangkasa (komponen dan maintenance, repair and overhaul – MRO).

2. Makanan dan minuman

3. Bahan pembungkusan dan percetakan hanya berkaitan bahan makanan dan kesihatan.

4. Barang-barang dan penjagaan diri, dan bahan
pencuci.

5. Keluaran penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet.

6. Barang penjagaan diri, peralatan perlindungan diri
(PPE) termasuk sarung tangan getah dan peralatan keselamatan kebakaran.

7. Komponen bagi peranti perubatan

8. Elektrikal dan Elektronik (kepentingan rantaian ekonomi global)

9. Minyak dan gas (Oil and Gas) termasuk petrokimia dan produk petrokimia

10. Mesin dan peralatan hanya berkaitan kesihatan dan
makanan sahaja

11. Tekstil untuk pengeluaran PPE sahaja

12. Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir.

Sektor pertanian, perikanan, penternakan, perladangan dan komoditi yang dibenarkan:

1. Pertanian, perikanan dan penternakan serta rantaiannya (contohnya kedai yang menjual baja dan racun/kilang memproses buah sawit adalah dibenarkan untuk beroperasi).

2. Perladangan dan komoditi serta rantaiannya (kelapa sawit, getah, lada dan koko).

Sektor pembinaan yang dibenarkan:

1. Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kritikal

2. Kerja-kerja pembinaan infrastruktur awam yang utama

3. Kerja kerja pembinaan bangunan yang menyediakan penginapan pekerja yang lengkap di tapak bina atau pekerja yang ditempatkan di Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ).-SM

 

 

(Visited 107 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button