fbpx
Nasional

Dakwaan guru di Sabah terlibat projek KPM tidak berasas

DAKWAAN bahawa guru-guru di Sabah terlibat dalam projek pembangunan pendidikan merupakan tuduhan liar dan tidak berasas,

Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Yusof Yacob berkata, memang tidak dinafikan ada segelintir guru terlibat dalm mendapatkan projek, tetapi itu tidak menggambarkan keseluruhan guru di Sabah.

Katanya, pemantauan guru memang terletak di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) namun, beliau turut memandang serius peranan yang dimainkan oleh guru di negeri ini.

Oleh itu kata beliau, perbuatan buruk satu atau dua orang guru yang mungkin terlibat dalam projek untuk mendapatkan komisyen tidak seharusnya memburukkan imej keseluruhan guru di Sabah yang kini berjumlah 46,000 orang.

“Bukan semua guru terlibat dalam mengendalikan projek untuk mengambil komisyen.


“Jika dilihat, majoriti guru masih mahu berkhidmat mendidik anak-anak Sabah biarpun berdepan dengan keadaan sekolah yang daif dan tiada akses jalan raya yang baik.

“Adapun guru yang nakal cuma sebilangan kecul sahaja,” katanya seperti yang dipetik daripada Borneo Today.

Dr. Yusof berkata demikian sebagai mengulas dakwaan penglibatan guru dalam projek pembangunan pendidikan di Sabah tidak dipantau oleh kementeriannya.

Yusof berkata,beliau sering menasihatkan guru agar sentiasa fokus kepada mengajar setiap kali bertemu mereka.

Katanya, guru boleh mencari pendapatan tambahan tetapi hanya di luar masa pejabat agar tidak berlaku penyalahgunaan kuasa.

“Jika orang awam mendapati ada mana-mana guru berniaga semasa waktu pejabat, menyalahguna kuasa dan mengambil komisyen, sila laporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

”Saya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana guru yang tidak fokus mengajar dan terlibat dalam penyalahgunaan kuasa. Malah, sudah ada guru besar, guru dan pengawai pendidikan yang dipenjara kerana salah guna kuasa,” jelasnya.

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button