Nasional

Ketua Polis Negara ucap tahniah kepada Muhyiddin

KETUA Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin atas pelantikan beliau sebagai perdana menteri kelapan.

Abdul Hamid dalam satu kenyataan berkata, Polis Diraja Malaysia kekal komited memikul amanah yang dipertanggungjawabkan dalam menjaga keselamatan negara.

PDRM juga menjunjung kedaulatan undang-undang demi kesejahteraan masyarakat serta negara di bawah kepimpinan Muhyiddin.

“Polis Diraja Malaysia merakankan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin di atas pelantikan sebagai perdana menteri kelapan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Bilah Shah,” kata Abdul Hamid,

(Visited 678 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button