Berita

USIM lahirkan graduan Ijazah Sarjana Muda Perbankan Islam dan Kewangan pertama

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,629 graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bakal menerima Ijazah Sarjana Muda, Diploma Siswazah, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah sempena Majlis Konvokesyen kali ke-17 yang akan berlangsung selama dua hari, 26 November sehingga 28 November ini.

Daripada jumlah tersebut, 95 orang adalah penerima Doktor Falsafah, Sarjana (89), Diploma Pascasiswazah (136) manakala 2,309 adalah penerima Ijazah Sarjana Muda.

Graduan PhD tahun ini adalah pelajar daripada 20 negara, antaranya Libya, Jordan, Iraq, Gambia, Finland, Mesir, Oman, Bangladesh, China, Yemen dan Singapura.

Majlis konvokesyen kali ini turut mencatat, graduan PhD paling ramai adalah dari Libya iaitu seramai 24 orang dan Oman pula mencatat angka kedua tertinggi iaitu seramai 21 orang.

Tema majlis konvokesyen ke-17 USIM, ‘Graduan Integrasi Peneraju Pembangunan Lestari’ turut melahirkan graduan Ijazah Sarjana Muda Perbankan Islam dan Kewangan dengan Kepujian, yang pertama.

USIM berhasrat dan komited untuk memperkasakan sistem ekonomi Islam dalam melahirkan graduan dan tenaga kerja mahir yang kompeten dalam bidang kewangan dengan memperkenalkan program pengajian baharu di Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM). – SM

(Visited 481 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button