Nasional

RichWorks International terus hulur sumbangan kepada mereka memerlukan

Pengurusan dan kakitangan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks International) menyumbangkan barangan keperluan asas termasuk kuih raya kepada sekitar 20 keluarga asnaf di Sungai Ramal, Kajang semalam.

Menurut Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International, Radz Mohd, sumbangan tersebut diperolehi daripada Pertubuhan Kebajikan RichWorks (RichWell) termasuk ahli lembaga pengarah, pengurusan dan kakitangan syarikat sendiri.

Katanya, sumbangan itu antara tanggungjawab sosial korporat (CSR) RichWorks International yang dilakukan setiap kali pada bulan Ramadan.

“Kami kumpulkan sumbangan daripada keluarga RichWorks dan membeli barangan keperluan termasuk kuih raya yang mana tinggal beberapa hari saja nak berhari raya.

“Moga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat memberikan kemudahan dan kegembiraan kepada anggota masyarakat yang memerlukan dalam tempoh pandemik ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Terdahulu, RichWorks juga telah mengagihkan lebih 1,000 helai pakaian raya kepada anggota masyarakat yang memerlukan di PPR Kampung Baru Hicom, Seksyen 26, Shah Alam pada minggu lalu.

Selain itu, 5 lokasi terpilih juga telah pun menerima wakaf sejadah, telekung dan Al-Quran hasil sumbangan warga RichWorks.

Petugas barisan hadapan juga tidak dilupakan dengan pemberian pek makanan berbuka puasa bagi kakitangan di Hospital Sungai Buloh selama beberapa hari lalu.

(Visited 397 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button