Bola SepakMahkamahSukan

Pemain Sabah FC mengaku tak salah cederakan kekasih

PEMAIN bolasepak Sabah FC, Mohd Rizal Ghazali mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan mencederakan kekasihnya dan merosakkan telefon bimbitnya di sebuah hotel, dua minggu lalu.

Menurut Sinar Harian, bekas pemain Harimau Malaya berusia 31 tahun itu membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Pemain pertahanan itu didakwa memukul Hani Farhana Hasrul Sani, 37, dan melakukan khianat dengan merosakkan telefon bimbit mangsa yang kerugiannya dianggarkan mencecah RM4,500.

Dua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bilik hotel pada pukul 6 pagi, 7 Jun lalu.

Rizal didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tuduhan merosakkan telefon pula dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Maryam Jamilah Md Kamal mencadangkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan tidak mengganggu mangsa serta saksi.

Namun, Peguam Suraj Singh yang mewakili tertuduh merayu kadar ikat jamin dikurangkan kerana anak guamnya memberi kerjasama baik kepada polis sepanjang siasatan selain perlu menanggung ibu bapanya dan tiada risiko melarikan diri.

Majistret membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan dicadangkan pihak pendakwaan. – SM

BACA Sabah tercicir daripada saingan Piala Malaysia

BACA Sabah FC curi satu mata dari Melaka United

(Visited 89 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button