Sukan

Paralimpik: Abdul Latiff pertahan emas dalam debar

WALAUPUN berjaya mempertahankan pingat emas bagi acara lompat jauh Paralimpik Tokyo, namun kejayaan Abdul Latif Romly penuh debaran ekoran dia mengalami kecederaan sebelum lompatan terakhir.

Ketika Abdul Latiff dibawa keluar dari gelanggang pertandingan dengan kerusi roda, atlet lain masih belum menghabiskan lompatan terakhir masing-masing.

Namun catatan yang dilakukan Abdul Latiff pada lompatan kedua dan ketiga tidak dapat ditandingi oleh mana-mana peserta membolehkan dia mengekalkan pigat emas yang di menangi di Paralimpik Rioa bagi acara lompat jauh

Abdul Latif Romly melakukan lompatan sejauh 7.45 meter (m) pada percubaan kedua dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Olimpik Tokyo.

Pingat perak acara itu dimenangi atlet Greece, Athanasios Prodromou dengan catatan 7.17m manakala Nicholas Hum meraih gangsa dengan 7.12m.


Kontinjen Malaysia sebelum ini sudah meraih dua emas menerusi jaguh powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin dan pemain badminton para bagi kategori SU5, Cheah Liek Hou.

(Visited 44 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button