Nasionalpilihan

Warga emas ditahan tikam anak jiran berusia 4 tahun guna pisau di taman permainan

SEORANG lelaki berusia lingkungan 80-an ditahan selepas disyaki menikam seorang kanak-kanak berusia 4 tahun dengan menggunakan pisau di taman permainan sebuah rumah pangsa di Jalan Loke Yew pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kejadian kira-kira pukul 5.39 petang.

“Kita kemudian telah ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa telah dibawa oleh keluarga ke Hospital Universiti Kebangsaaan Malaysia (HUKM) untuk rawatan lanjut.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati individu yang disyaki menikam mangsa telah menyembunyikan diri di rumah pangsa tersebut dan berjaya ditahan selepas itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Noor Dellhan, siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod rawatan piskatri dan mangsa juga merupakan jirannya.


Jelasnya, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini boleh menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya. -SM

(Visited 119 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button