fbpx
BeritaEkonomiNasional

Intipati Pakej Rangsangan Ekonomi

Berikut adalah intipati Pakej Rangsangan Ekonomi oleh Perdana Menteri Interim Tun Dr. Mahathir Mohamad:

📌Kesan #COVID-19 terkawal, namun beri impak besar kepada global ekonomi termasuk Malaysia

📌Dr Mahathir ucap penghargaan kepada petugas perkhidmatan kesihatan, imigresen dan pegawai barisan hadapan yang bertungkus lumus melindungi Malaysia daripada #COVID-19

📌Dr Mahathir umum Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bertemakan ‘Memperkukuh Keyakinan, Merangsang Pertumbuhan, Melindungi Pekerjaan’

📌Pakej rangsangan bernilai RM20 bilion untuk pastikan risiko ekonomi akibat #COVID-19 ditangani dengan berkesan


📌Walaupun kesan #COVID-19 ketika ini adalah terkawal, namun ia telah memberikan impak besar kepada ekonomi global termasuk Malaysia

📌Kerajaan akan perkenalkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bagi memastikan risiko ekonomi berkaitan penularan jangkitan itu dapat ditangani dengan berkesan

📌Pakej rangsangan akan menangani impak #COVID-19, memangkin pertumbuhan berteraskan rakyat dan menggalakkan pelaburan berkualiti

📌Pakej rangsangan ekonomi RM20 bilion ditunjangi tiga strategi – menangani impak #COVID-19, memangkin pertumbuhan berteraskan rakyat dan menggalakkan pelaburan berkualiti

📌Tiga langkah tangani impak #COVID-19 – mudahkan aliran tunai perniagaan terkesan, bantuan individu terjejas dan merangsang permintaan dalam industri pelancongan

📌BNM sedia Kemudahan Jaminan Bantuan Istimewa RM2 bilion kepada PKS pada kadar 3.75 peratus

📌BSN peruntuk RM200 juta kemudahan mikro kredit pada kadar 4 peratus

📌Kerajaan akan beri bayaran secara one-off RM600 kepada pemandu teksi, pemandu bas persiaran, pemandu pelancong dan penarik beca yang berdaftar

📌MAHB akan mengurangkan kadar sewa premis kepada penyewa di lapangan terbang, caj pendaratan dan parkir

📌#COVID-19: Elaun khas RM400 sebulan buat doktor, kakitangan perubatan, RM200 kepada Imigresen dan kakitangan lain yang terlibat, berkuatkuasa Feb 2020 hingga wabak berakhir

📌COVID-19: Kerajaan akan menyediakan peruntukan yang mencukupi bagi memastikan jangkitan dapat diuruskan dengan baik dan terkawal

📌COVID-19: Kementerian Kesihatan belanjakan RM150 juta bagi pembelian peralatan, ubat dan barangan guna pakai dalam usaha pengawalan jangkitan

📌Kerajaan akan menawarkan potongan berganda kepada perbelanjaan majikan ke atas latihan bagi sektor pelancongan

📌COVID-19 jejaskan industri pelancongan dan sektor lain termasuk pengeksportan

📌Untuk rangsang permintaan domestik, caruman minimum KWSP dikurangkan empat peratus dari 11 kepada 7 peratus

📌RM100 juta geran padanan kepada Pembangunan Sumber Manusia Berhad untuk biayai tambahan 40,000 pekerja daripada sektor pelancongan dan sektor lain yang terkesan

📌Bayaran ansuran Bantuan Sara Hidup pada bulan Mei sebanyak RM200 diawalkan ke Mac 2020

📌Pelepasan cukai individu sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan domestik

📌Peruntukkan RM50 juta untuk subsidi pembiayaan kursus jangka pendek dalam bidang digital, berkemahiran tinggi, dijangka beri manfaat kepada 100,000 rakyat

📌Kerajaan akan sediakan geran padanan untuk mempromosi pelancongan, dengan peruntukan sebanyak RM500 juta

📌Baucer digital bagi pelancongan domestik sehingga RM100 seorang untuk penerbangan domestik, keretapi dan penginapan di hotel berlesen

📌Kerajaan bayar penerima Bantuan Sara Hidup tambahan RM100 dikreditkan dalam akaun bank pada Mei, tambahan RM50 secara e-tunai

📌Kerajaan longgarkan arahan untuk mengehadkan penggunaan hotel oleh agensi kerajaan

📌Kerajaan akan memastikan kesinambungan pelaburan awam dan mempercepat pelaksanaan projek pembangunan tahun 2020

📌GLC seperti TNB akan melabur RM13 bilion untuk projek lampu jalan LED, grid transmisi dan pemasangan panel solar bumbung

📌Peruntukan RM1 bilion galakkan aktiviti pengeluaran makanan untuk penuhi permintaan domestik dan eksport

📌SKMM akan melabur sebanyak RM3 bilion untuk kerja berkaitan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara

📌Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia akan mengecualikan yuran penyenaraian LEAP, ACE dan syarikat bermodal pasaran kurang RM500 juta dalam pasaran utama

📌Kerajaan akan peruntuk RM500 juta untuk Dana Pelaburan Bersama dengan pelabur swasta

📌Peruntukan RM10 juta kepada FAMA untuk sediakan kemudahan simpanan makanan supaya harga dikurangkan

📌BNM sediakan Kemudahan Automasi dan Pendigitalan PKS bernilai RM300 juta

📌10,000 usahawan tempatan diberi RM1,000 seorang untuk jual produk dan barangan dalam platform e-dagang

📌Pertumbuhan ekonomi negara diunjur dalam jajaran 3.2 peratus hingga 4.2 peratus tahun ini

📌Defisit fiskal dianggarkan meningkat sedikit kepada 3.4 peratus daripada KDNK berbanding anggaran asal 3.2 peratus

📌MDEC diberi peruntukan tambahan RM20 juta untuk program Perkhidmatan e-Dagang Setempat bagi naik taraf Pusat Internet Desa

📌Peruntukan tambahan RM2 bilion laksana segera penyelenggaraan, pembaikan infrastruktur kecil seluruh negara

📌Kerajaan harap rakyat terus cekal, berani dan tekun serta lebih mampan hadapi cabaran sekarang – Sumber BERNAMA

Show More

Related Articles

Back to top button