Politik

Kemelut politik: UMNO hormati keputusan Agong

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata UMNO berpendirian supaya menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, parti itu memurnikan proses di saat Istana Negara sedang mengambil tindakan mengikut peraturan dan juga perlembagaan.

“Itu mestilah dihormati dan tidak harus ada sebarang spekulasi dan sebagainya yang mungkin boleh menganggu perjalanan.

“UMNO hanya menerima pakai berita-berita yang sahih sahaja,” katanya pada sidang media khas di sini, hari ini.

Turut serta Ketua Penerangan, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Setiausaha Kerja, Datuk Mohd Sumali Reduan.

Annuar berkata, ibu pejabat parti juga telah mengeluarkan arahan untuk persiapan jentera Pilihan Raya kemungkinan Parlimen dibubar.

“Adalah wajar bagi parti untuk membuat persiapan ke arah itu walaupun tidak tahu keputusan yang dibuat oleh Istana Negara,” katanya.

Beliau juga memaklumkan pekeliling telah dikeluarkan untuk parti bergerak bersama-sama dengan Pas melalui Muafakat Nasional .

“Jentera pilihan raya BN dan UMNO bergerak bersama-sama dengan Pas melalui Muafakat Nasional untuk membuat persiapan,” tambahnya.

Annuar turut memberitahu segala maklumat dan kenyataan rasmi daripada parti hanya dikeluarkan oelh Setiausaha Agung dan Presiden parti sahaja.

(Visited 115 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button