Jenayah

Warga emas ditahan ketika leka berjudi

BUKAN sahaja ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, malah berjudi (bermain mahjong) pula.

Kegiatan itu membawa padah apabila 10 orang termasuk lapan wanita yang kesemuanya berusia lingkungan 47 hingga 83 tahun ditahan di sebuah premis di Jalan SS 2/4 Petaling Jaya, Selangor.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, turut ditahan ialah penyewa premis iaitu seorang wanita berusia 83 tahun.

“Kita turut menemukan pelbagai jenis barangan yang disyaki digunakan untuk aktiviti perjudian (mahjong),” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953. – SM

UKAN sahaja ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, malah berjudi (bermain mahjong) pula.

Kegiatan itu membawa padah apabila 10 orang termasuk lapan wanita yang kesemuanya berusia lingkungan 47 hingga 83 tahun ditahan di sebuah premis di Jalan SS 2/4 Petaling Jaya, Selangor.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, turut ditahan ialah penyewa premis iaitu seorang wanita berusia 83 tahun.

“Kita turut menemukan pelbagai jenis barangan yang disyaki digunakan untuk aktiviti perjudian (mahjong),” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953. – SM

(Visited 67 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button